SHARING SESSION: BACHELOR OF ECONOMIC 2019/2020 SEM 1 UPM


SHARING SESSION

Before that, nak intro dulu yes as u know im taking Bachelor Economy under Faculty Economic and Management in UPM. So, yang berminat nak masuk UPM dalam course ini terutamanya, hopefully u all boleh gain something menerusi sharing session ini. Ok kita mulakan dengan beberapa persoalan, mesti korang tertanya-tanya apa benda ekonomi ni kan ex: apa yg kita akan belajar and so on?



APA YANG SAYA BELAJAR UNTUK PROGRAMME BACELOR ECONOMI?




gulpp

Basically aku pun tak tahu apa yg aku belajar untuk sem 1 ni lolllll

OK serious, actually ramai sangat students yg tak ada basic Economy but ambil degree Economy di universiti. Mostly from pure science. So, if korang rasa korang noob, percayalah masih ramai lagi yang NOOB. Bukanla NOOB pun but u'know macam baby yg baru nak mengenali alam Economy gicheww.

Normally for Economy, akan belajar demand supply, inflation rate, aggregate economic, keluk dan sebagainya (sem 1). Economy ni meluas. Nak cerita satu persatu tak akan tamat cerita ni. If you adalah students yang pernah belajar economy sebelum ni di sekolah, so tak jauh beza pun pembelajaran di sekolah dengan universiti untuk Sem 1, but hanya bahasa je yg berbeza (universiti menggunakan fully English). 



LIST SUBJECTS SEM 1 (Bachelor Economy) :
  • ✔️Asas Keusahawanan (Basic Entrepreneurship)
  • ✔️Prinsip Ekonomi (Principles of Economics)
  • ✔️Kenegaraan Malaysia (Malaysian Nationhood)
  • ✔️Pengucapan Awam (Public Oration)
  • ✔️Aplikasi Algebra dalam Ekonomi (Application of Algebra in Economics)
  • ✔️ENGLISH (LAX/etc)
#only KENEGARAAN Malaysia (Malaysian Nationhood) in BM

I will go through one by one.



1) ASAS KEUSAHAWANAN 
(Basic Entrepreneurship)

๐Ÿ“šTextbooks :


Purple ni lebih simple than the blue one



Basic Entrepreneur ni mostly korang akan belajar cara menjadi seorang entrepreneur. Melalui subject ini, akan dapat task untuk buat penjualan, assignment Business Plan, Final Report for your business, like your business succeed/not. 

Apa yg korang akan buat mostly present your report & pitching. Time ni banyak duit kena guna. Duit for beli barang, duit untuk tampung kerugian and all that. I suggest u all create recyclable product. Ex, botol mineral tht u already have kan, use it. Sebab jimat. 

Boleh try tengok my previous post tentang recyclable product di sini,


Contoh report:


Cara nak buat report ni mmg semuanya ada dalam textbooks so dipersilakan refer situ. 


In UPM, subject ni ramai international especially from China, mostly from Liaoning, & ShanXi. Malaysian minoriti & mereka majoriti. Dalam kelas pun Malaysian abt 10 ppl I guess, and yg lain semua China (dalam kelas pun abt 80 students, for sure seperti berada di negara China time ni hah).

Those yg berangan nak masuk UPM kena mentally prepare OK haha. Waktu ni kena ready mental, lecturer korang akan suruh bergabung dgn international. Lecturer dah ada banyak pengalaman so dia tahu mostly international students bermasalah terutama dari segi komunikasi,  & kemalasan.

For this subject, awal-awal sem my lecturer akan minta kita form 1 group abt 10 ppl. Hanya 2 or 3 local (Malaysian) sahaja yang dibenarkan untuk ada dalam satu group. Yes, imagine 8 international in your group. Bagus memang bagus, you can improve you punya language but if you dah lalui perkara ini, sometimes you akan rasa perkara yang tak sepatutnya you rasa. Ada Pro and Cons.

Why saya cakap macam ni?

Ini yang local people wajib buat 97%-100%:
- Beri idea
- Fikir assignment
- Buat assignment
- Print assignment
- Present assignment
- Present homework
- Create slides
- Keluar duit for project business
#๐Ÿ˜Œ#


Basically korang akan lihat International student macam melancong je datang Malaysia. Bukan nak kutuk/bercakap perkara negatif tentang mereka, but you know perkara yang betul apa salahnya kita share so that new intake akan at least dapat pengetahuan la juga right? SO, mostly diibaratkan korang saja yg akan buat semua perkara. Plus, mereka kurang dari segi komunikasi especially English. English mereka tak sebagus kita. Lagi sekali, bukan nak kutuk but ini realiti.  If kita rasa kita noob English, percayalah ada lagi yg lebih noob dari ke-noob-an yg korang ada. Well, kita semua tak perfect so pls admit la.

That's why mostly 90% daripada mereka tak boleh buat assignment sebab tak faham apa yang assignment tu nak. Based pada pengalaman, normally international yang present di depan akan cakap ''THIS IS MY FIRST TIME TO BE IN FRONT OF THE PEOPLE'', Okey, waktu first tu pun saya speechless but then bila dah dengar 10 orang cakap benda yang sama, actually kita boleh tahu how sistem pembelajaran di sekolah mereka tu berfungsi. Tak ada ruang dari segi komunikasi di depan kelas. (Based pada pengalaman bersama student international China), bukan rekaan atau ciplak dan plagiat or penipuan. 

TIPS !
Before korang start dengan penubuhan teamwork, make sure korang buat group whatsapp local sahaja. Bukan nak racist, but just prepare. If kita boleh proceed dgn local, teruskan. To be truth, group dengan international hm quite hard juga. If nak discuss homework, mereka stay luar kampus so agak susah nak jumpa. But, rasa bersyukur juga sebab group work saya mostly boleh diharap. Cuma, disebabkan kekurangan dari segi memahami bahasa, so sometimes perkara tak semudah yang disangka.




2) PRINSIP EKONOMI 
(PRINCIPLES OF ECONOMICS)





As you can see, kita akan guna textbook ni yep 13th edition by Michael Parkin. Best sangat buku ni srsly but nak bawa pergi kelas tu berat cuz tebal XD 


For Sem 1 just perlu banyak memahami, mengingat dan menghafal. Mostly theory dan kurang pengiraan but still ada la pengiraan. So, just focus dalam kelas. Normally akan ada Test 1, Test 2 before proceed final for semua subject. So, buat betul-betul time test sebab yes ia adalah carry mark.

Waktu sekolah, maybe la korg rasa Ekonomi ni senang cuz it is in bm kan, but now maybe korg akan rasa susah. Everything berubah 180. Fakta pun berbelit bila in English.




3) KENEGARAAN Malaysia 
(Malaysian Nationhood)



Basically, macam Sejarah. So, korg akan belajar sistem persekutuan, raja berperlembagaan and yang sewaktu dengannya. Those yang tak minat sejarah tu, bawa-bawalah mengucap sebab final dah memanggil. Depends pada you actually. If korang masuk UPM, and dapat lecturer Prof Zaid srsly prof ni best sangat! Normally student akan guna slide for study, tak guna buku pun. Jangan membazir bila beli but tak guna. Sisss ingatkan jerrrrr. ~



4) PENGUCAPAN AWAM 
(PUBLIC ORATION)

Subject ini lebih kurang macam public speaking. Prepare speech & share informative speaking yang korang berminat untuk bercakap di depan. Selain itu, korang akan diletakkan dalam satu group, diberi satu tajuk untuk discuss dan present on the spot. Then, ada speech critique (assignment). And, tak guna buku ye. Maybe ada yang guna buku but yang ambil in BM kot akan guna.

Pengucapan awam terbahagi kepada 2 which are in Malay and English. Macam saya, saya tercampak ke English class.


  • SPEAKING IN PUBLIC
  • ETHICS & PUBLIC
  • SPEAKING LISTENING
  • SELECTING TOPIC & PURPOSE
  • ANALYZING THE AUDIENCE
  • GATHERING MATERIALS
  • ORGANIZING THE SPEECH
  • SPEAKING TO PERSUADE
  • SPEAKING TO INFORM
  • USING VISUAL AIDS

Basically semuanya tentang speaking, saya belajar dalam 19 chapter untuk public oration, so yg kat atas tu hanyalah sebahagian daripada chapter untuk subject ini. Easy peasy je okeng and lecturer pun best.




5) APLIKASI ALGEBRA DALAM EKONOMI
(APPLICATION ALGEBRA IN ECONOMICS)




Ni buku yang batch saya guna and kami tak guna buku hardcopy pun bcs range harga dia around RM500-RM700. Bak kata orang, nak makan pun tak cukup apatah lagi nak beli harga mentekedarah ni kan? Tapi for sure buku ni bagus sebab tu harga dia mahal. But, saya guna textbook digital melalui apps Pearson dan harganya dalam RM70 sahaja (depends pada lecturer and rujuk lecturer sebab maybe harga berbeza-beza mengikut edition juga). 

Haaa 1+2 pun da tak tahu,
orang suruh study math tak nak ! !
Lepastu otak pun karat ceh. 

Subject sebiji macam addmath. For matric students, janganlah buang buku matrik or notes yg korang ada. Because semua tu akan diguna pakai di Universiti. Sebiji 99.5% but bukan semua topic yg akan masuk just refer your lecturer OK. 

TOPIC๐ŸŽ€
  • 0.0 INTRODUCTION MATH ANALYSIS
  • 1.0 APPLICATIONS AND MORE ALGEBRA
  • 2.0 FUNJCTION AND GRAPH
  • 3.0 LINES, PARABOLAS & SYSTEM
  • 4.0 EXPONENTIAL & LOGARITHMIC FUNCTION
  • 5.0 MATH OF FINANCE
  • 6.0 EQUILIBRIUM
  • 7.0 MATRIX ALGEBRA
  • 8.0 LINEAR PROGRAMMING 
  • 9.0 INTRO TO PROBABILITY & STATISTICS

Di atas ini adalah Topic for algebra Sem 1. Those yg benci addmath, korang janganlah benci lama-lama. Korang akan wajib belajar juga nanti. For stpm students rasanya ramai yg tak ada basic addmath, so mostly yg datang UPM ni tak pernah belajar addmath and they jadi blur. Takpa, sebenarnya tak susah pun. Belajar je dan cuba faham mesti boleh jawab soalan dengan baik. In the mean time, minta tolong kawan yg tahu untuk ajar. Tapi, janganlah 100% nak orang ajar dari first sampai habis. Sebab semua orang busy dgn life masing-masing juga, so perlu bijak manage la try find out sendiri.



6) ENGLISH

Jangan ingat dah habis MUET korang da tak belajar English tau. Still hadooo lagi sampai akhir zaman. Tapi kali ni special sikit. Korang akan dibahagikan kumpulan di mana Band 3 akan ambil bahagian tertentu manakala Band 4, Band 5 dan Band 6 ada bahagian masing-masing. Racist hahaha. So basically, for BAND 3 MUET, akan ambil  LAX. 

LAX ni banyak speaking. Korang kena buat video and discuss issue yang diberikan oleh lecturer masing-masing but benda ni boleh prepare sebab korang dah tahu dah issue apa yang nak dibincangkan. And yang lain-lain tu pandai-pandaila korang explore bila dah masuk UPM okey. Tapi learning environment for English srs fun sangat! Ada banyak pilihan for LAX. Ex: Poetic Society, Lets Play Game, DIY, MOVIE and etc.

Tu je kut! 
Nampak macam senang je kan but if korang tak study, tak ada guna juga. Paling penting be humble, apa-apa course yg korang ambil jangan pernah merasa tinggi dan jangan pernah merasa rendah berbanding course lain. Economy normally akan dibandingkan dengan course Science and Account. 

So basically, if you course account, buat aje kerja you. Jangan banding-banding macam course kita hebat sangat sebab bila kita habis degree pun belum tentu lagi pekerjaan kita tu akan dapat dalam masa yang singkat dan belum tentu kita akan jadi accountant paling bagus dan riak dalam dunia. 

And for science student, you decided to take science so jangan judge orang "Course kau dah susah apa lagi course aku lagi susah". Typical. Sometimes science student belum tentu perform. And you know, kita ada bidang masing-masing dan kepakaran masing-masing. So don't judge. 

I said all abt judging and all ni sebab yes mana-mana you pergi, ofc korang akan jumpa dengan orang macam ni tak kira la sama ada mereka kawan atau stranger. 

If ada apa-apa lagi saya akan share di next post. Any questions boleh DM kat ig @wnnrazia or comment. 


Comments

  1. Susah ke if saya nak masuk UPM? Sebab result saya average saja. Tak tahu la samada saya boleh mohon atau tak sbb UPM uni terbaik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, kawan saya yang result stpm 2.3 cgpa pun dapat UPM, rezeki masing masing, insyaAllah, try je

      Delete
  2. SUSAH BHAIII EKONOMI! ! MACAM MANA AWAK BOLEH AMBIL COURSE NI?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada benda yang senang sangat, but if usaha, insyaAllah you can do it ☺️

      Delete
  3. Wan, I'm proud of you bcs you're the example of beauty with brain

    ReplyDelete
  4. how was the facilities ? accomodation ? campus ? library? lecturer? any strict law ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, facilities ok je. nak ke mana-mana di upm memang ada bas khas. For library, don't worry lib upm sangat best. Lecturer sangat okay. Tak ada strict law.

      Delete
  5. weihh aziahhh aku agak dah ni blog ko hahahah

    ReplyDelete
  6. Upm memang khas untuk student from stpm dengan matriculation je ke. Ada ke requirement untuk diploma student untuk msuk upm

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES ADA. TERSANGAT ADA. Boleh je masuk. Sorry late. ๐Ÿ™๐Ÿ™

      Delete
  7. Hi nk tnya, brp average pointer student course economy masa pre u ya?

    ReplyDelete
  8. Saya dr aliran sains since spm and matrics, tapi rasa minat nk tukar bidg.So is it okay if i go for bachelor econs or accounting with completely zero knowledge bout acc and econs๐Ÿ˜…adakah di degree masih akn diajar from basic /from A-Z ?

    ReplyDelete
  9. Hi, boleh saya tanya pointer GPA STPM yg confirm boleh masuk bidang ekonomi di UPM ? dalam 2.75 boleh ke ?

    ReplyDelete
  10. Hye, sye hanya ada bacis ekonomi mse stpm, i got B+.. And sye dpt degree dlm kos ni.. Adakah sye buleh survived? Agak menakutkan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi same here I pun ada basic eco masa diploma 1 sem je and also get B+ but suddenly get bachelor in economy.

      Delete
  11. Hi... Boleh kongsi cerita kolej kediaman pulak? Kolej cancelor macam mana? Bilik boleh pilih atau di tentukan?

    ReplyDelete
  12. Thanks a lot, very informative

    ReplyDelete
  13. Hi, saya baru dapat tawaran ekonomi di UPM, boleh tak saya nak contact secara personal untuk tanya soalan ii berkaitan. Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KMM: KOLEJ MATRIKULASI MELAKA MASJID TANAH 2018/2019, THE LIFE AS COLLEGE STUDENT

PSPM I & II 2018/2019 BUSINESS QUESTIONS FOR MATRICULATION ACCOUNT STUDENTS