KMM: KOLEJ MATRIKULASI MELAKA MASJID TANAH 2018/2019, THE LIFE AS COLLEGE STUDENT


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM SEJAHTERA




So today, tajuk entry kali ini tentang Kolej Matrikulasi Melaka InsyaAllah mana yang ingat saya akan kongsikan. Apa yang dikongsikan adalah based pada pengalaman okey selaku alumni KMM sesi 2018/2019. Btw, before this saya dah post entry ni but after that terdelete SAKITNYA HATI YA TUHAN ! TERBAKOR! lol. So appreciate apa yang iolls taip ni haih. Before proceed, cuci mata dulu la tengok gambar-gambar KMM di bawah:


KMM

BILIK KMM

BILIK KMM

DEWAN KULIAH

OASISWA/KOPERASI


KMM SPECIAL KE? 
First mesti korang tertanya-tanya apa special-nya KMM Londang ini & bagaimana rupa KMM kan? Okey, untuk rupa KMM ni, bangunan semua lama. KMM ni kolej matrikulasi tertua dan paling lama berbanding matrik lain. Jadinya, for those yang nak tahu bangunan dia lawa atau tak, sistur tak dapat explain detail. Apa sis boleh katakan, bangunannya adalah bangunan lama. Certain bangunan kelas tutorial memang usang, sesetengah siling bumbung hampir roboh (tapi kemudian mereka baiki). Kawasan KMM juga luas & berbukit bukau. Tangga KMM memang tinggi, siapa yang jalan 1 saat dah penat tu mohon bertabah.


PEMAKAIAN DI KMM
Baju Kurung (Setiap hari pergi kelas tuto/kuliah)
Kasut bertutup hitam (Better bertumit sikit, jangan tinggi sangat tumit)
Kasut Sukan (Pakai pada hari yang ada Koku)
Tudung bebas corak/plain dibenarkan
Lepas kelas bebas je nak pakai apa-apa tshirt ke apa ke oke


BEZA KELAS AKAUN DAN SAINS
Di matrik ada sesi kuliah & tutorial. Kuliah ni pelajar ramai manakala tutorial is macam kelas yg pelajarnya around 20 orang gituu. Kelas account akan mula dengan huruf A (eg: A1T1, A2T2, A3T3) & sains bermula with S (eg: S1T1, S1T3, S2T1).


DURATION KELAS
Kelas start pukul 8AM, tamat 4PM or 5PM if ada tambahan masa untuk preparation PSPM (8AM-4PM/5PM). Basically, 1 subject 1 hr. Normally lecturer boleh habiskan 4 chapter in 1 hour. Gap masa pun sometimes akan ada dalam 1 jam juga. Rehat pukul 1-2PM then continue till 4PM.


FACILITIES/SERVICES IN KMM

ATM BANK RAKYAT MEPS
Mana-mana kad bank yg ada MEPS boleh guna. Elaun KMM akan masuk dalam account bank rakyat. ATM memang jauh dari blok kecuali blok perempuan A1 (blok ni dekat dgn pintu masuk matrik). Untuk pengetahuan, ATM bank rakyat ini ada di luar pintu masuk utama berdekatan pondok guard. Hanya satu ATM machine saja yg ada.


SETERIKA/IRON
Iron disediakan setiap aras & akan share satu aras. Iron adalah barangan terlarang so tak boleh bawa iron sendiri ke matrik. The main reason is voltan ia tinggi & boleh buat blackout satu blok. But, ada saja senior yang bawa iron dari rumah.. hm, you better DON'T okey? Kita mudahkan urusan orang, orang pun akan mudahkan urusan kita.


VENDING MACHINE
Vending Machine ada certain blok tak disediakan but mostly akan ada. Belajar tengah malam dan lapar boleh beli makanan vending machine. 


WATER FILLER
Macam Hijrah, Sukida memang ada di bawah blok. Botol kosong jangan buang, buat isi air ni. 1 liter 10 sen.


AMPAIAN/JEMURAN
KMM ada ampaian dalam bilik. Ampaian bawah blok pun ada (jangan risau, kat bawah blok pun ada & setiap blok ada dont worry).


Ada ampaian dalam bilik gaisss
(dijamin pakaian akan kering dan tak berbau sebab kmm angin kuat)


ELAUN
Elaun RM250 akan masuk dalam account bank rakyat pelajar every month. Tunggu sahaja.


STOR BASIKAL
Weekend nak main basikal boleh ziarah stor basikal. Ada limit masa tak silap, depends pada penjaga stor juga mereka nak buka hari apa. Nego dgn dia sebab penjaga stor tu pun students KMM juga.


MESIN BASUH
Mesin basuh ada di setiap aras so guna bergilir. Prepare duit RM1 & duit syiling sbb mesin tu hanya terima duit RM1. Nak basuh RM2 satu kali basuh baju.


KAFETERIA (Ada 3 kafe) 
Kafe A, highly recommended, kerana sedap but agak mahal. Selalunya makanan famous Kafe A; chicken chop, murtabak, roti canai, coconut shake & ice blend etc. Kafe B pula lebih murah+sedap, but better korang experience sendiri which one lagi better. Kafe C lelaki sahaja tapi if kempunan nak makan tempat lelaki, boleh je pergi. Siapa-siapa preggy & kempunan nak makan makanan western, cari je kat kafe confirm ada. Chicken chop, sizzling, nasi goreng mamak, roti canai (sis recommend roti canai tampal+telur), dan banyak lagi. Boleh dikatakan, korang takkan mati kebulur di KMM selagi ada duit dalam tangan.


Okay ni gambar cafe B. Abaikan kucenn tu
Btw di KMM banyak sangat kucing terbiar, kesian :'(
So tolong la beri makanan kat diorang k


TIKET BAS
Tiket bas dijual dalam KMM di Oasiswa (Oasiswa macam Koperasi but nama gempak sikit). Beli awal kerana tiket terhad. Bas pun matrik yang sediakan. So, nanti gerak dari matrik sahaja. Normally bas akan berada di padang golf so nanti tunggu saja di situ.


Ni padang golf tempat bas berkumpul
**bolehlah tengok kerenah diorg ni**


FOTOSTET
Nak fotostet assignment/tugasan/nota boleh pergi Oasiswa, ada kedai fotostet  di situ. Harganya pun tak berapa stabil, pepandai bajet. Nak fotostet kena beratur panjang selalunya sebab dua line barisan je dia buka. 1 line beli tiket dan 1 line fotostet. Bayangkan students almost 3K. Semua orang nak fotostet. Takpa, sabar itu kan separuh daripada iman.


LIBRARY
Oke, library dia dipanggil Perpustakaan Za'aba.


Btw novel picisan macam ni pun ada di library KMM, siapa bosan bolehlah try baca, tapi jangan berangan pulak ye.


SURAU KMM
Selalunya event kmm pun dibuat di surau, so surau ni kiranya tempat terpenting di matrik. Non-muslim pun wajib join event di surau sekiranya ada seperti taklimat perasmian/minggu ulangkaji and so on.


SURAU KOLEJ
Okey setiap kolej ada surau. If nak berjemaah, boleh berjemaah di surau kolej. Dekat je dengan bilik so tak perlu pergi surau matrik. Btw, surau kmm jauh sangat dari blok kolej.


MAKMAL ICT 
(sorry tak ingat exactly nama makmal ni)
Those yang internet/line lembab macam siput sedot tu boleh try guna komputer sini. Komputer semua bagus-bagus & if nak belajar alone kat sini pun boleh. Selesa.





MINGGU ULANGKAJI (STUDY WEEK) BEFORE PSPM
Minggu ulangkaji ini seminggu before exam. Jadinya manfaatkan masa selama 7 hari untuk belajar. Masa sesi 2018/2019 for sem 1, pelajar dilarang duduk di dalam blok masa study week means semua pelajar perlu ulangkaji di luar blok seperti library, surau, oasiswa, mana-mana la tempat merempat korang boleh buat port. Tapi actually ni satu disadvantage for students sebab a bit menganggu kerana suasana bising kadang sukar belajar. Depends. Tapi biasanya akan ada kuliah juga time time ni so boleh join. InsyaAllah bermanfaat. Waktu ni juga boleh jumpa lecturer di unit lecturer untuk buat latihan dan tanya face to face. Senang cerita, ada pro & cons juga.
PSPM= Peperiksaan Semester Program Matrikulasi


MATRIK TIADA ANUGERAH DEKAN
Matrik tiada anugerah dekan seperti universiti. Tapi chill, anugerah tak tertulis di atas sebuah kertas k, asalkan awak berusaha rebut CGPA tinggi pun dah memadai. Dengan izin-Nya. If dapat 4 flat boleh naik pentas & dapat anugerah sijil kecemerlangan. Moga dipermudahkan.


TEMPAT UNTUK DIKUNJUNGI


PANTAI KLEBANG
Pantai Klebang is pantai. Apa aku merepek ni. Haha. Ala, macam korang tak biasa tengok pantai kan. Pantai biasa jee. Cuma, pemandangan kat sini boleh dikatakan cantik. Di sini juga ada coconut shake Klebang yang popular kat Melaka.


PANTAI PENGKALAN BALAK
Pantai ni paling famous dalam kalangan pelajar KMM. Naik grab dalam RM3-RM4. Di sini ada Banana Boat, siapa berani dan nak cuba perkara baru bolehlah naik. Tapi, nasihat saya, beritahu mak ayah dulu sebelum nak buat sesuatu. If mak ayah tak beri keizinan untuk cuba aktiviti macam ni, janganlah cuba. Kunci keberkatan juga adalah ibu bapa. Then, ada kedai makan. Makanan sedap, sambil makan boleh tengok pantai.


Haa, nila pantai pengkalan balak yang famous tu. 
Famous sangat


PASAR MALAM DI PEKAN
Banyak makanan best. Biasanya dia buka petang Ahad.


MAHKOTA PARADE
Btw, tak tahu sangat apa specialnya sini sebab tak pernah pergi. Haha. Tapi, bas KMM akan sediakan tiket untuk outing ke Mahkota Parade ni. Rasanya RM15 pergi dan balik. Rasanya dekat dekat sini pun ada menara taming sari. Sorry sangat sis tak pernah pergi so sis kureng tahuu ye.


A FAMOSA OUTLET 
If niat nak pergi A-Famosa tapi jauh, so boleh pergi sini. Walaupun tak exactly sebijik macam A-Famosa but bolehla cuci mata. Banyak jual pakaian je kat sini & rasanya students takkan berbelanja sangat kalau datang sini. Naik grab dari KMM rasanya dalam 20-26 min tak silap. Maaf kalau salah, tak update sebab dah tak berapa ingat.

Boleh bergambar sini kat A Famosa Outlet



TESCO CHENG
Siapa yang jam rosak/hilang boleh datang sini. Kat sini ada kedai jam berkualiti. Depan Tesco Cheng ada Sushi King & Big Bowl Ice. Bolehla merasa juga sekiranya bosan dengan makanan kafe. Sekali-sekala berbelanja.


 Makan benda alah ni di Big Bowl Ice (share dgn farra & nissa srsly i miss uolls)




 Ni tengah kebulur lol


PEKAN MASJID TANAH
Pekan masjid Tanah ni kiranya famous la. Sini ada KFC dan banyak kedai elektronik. Weekend ajak kengkawan makan KFC kalau teringin.

*btw FoodPanda/Delivery KFC tak buat penghantaran ke KMM. Kalau nak makan KFC, mmg terpaksa outing/merayu dekat member yang outing suruh dia tolong belikan. Time ni tunjuk skill jadi pengemis tak berbayar. Tapi, penghantaran Pizza Hut ada di sana.

Actually ada banyak lagi, but nanti korang explore sendiri okey. Outing ni sebenarnya tak penting pun, yang penting focus pada belajar. Tapi, if dah alang-alang belajar di negeri orang, apa salahnya cuba mengenali negeri yang sedang kita duduki kan?


Barangan terlarang yang tidak boleh dibawa:
  • Seterika (tapi ada je yg bawa)
  • Pengering rambut (jangan bawa yee, tapi boleh je pandai simpan gak)
  • Bahan-bahan untuk memasak seperti peralatan elektronik memasak
  • Rokok (ofc la takkan nak bawa rokok)
  • Pepandailaa korang pikir sendiri ewahhhh


KAWAN
Carilah kawan yang sesuai dengan diri. Dan, jangan terlalu bergantung pada kawan. If tak bergantung sangat pada org lain mostly semua kerja awak boleh settle sendiri. Just, kalau ada yg betul-betul tak tahu barulah tanya member. Roommate pula merupakan kawan terpenting di matrik. Sebab, kalau awak sakit nanti mereka orang pertama yg akan tolong. Yela, dah nama pun satu bilik, kan? Dan, bila dah duduk ramai dalam bilik, consider dengan perasaan orang lain yang nak study. Nak dengar lagu, sila guna earphones. Kita hormat privasi orang, insyaAllah privasi kita pun orang akan hormat.

Paling penting, bijak mengurus masa. Masa depan kita, kita sendiri yang kena corakkan, bukan orang lain yang akan tentukan. Memang CGPA bukan segalanya, tapi CGPA ini akan membantu dan melayakkan awak untuk pilih course yang bersesuaian. 

Best of luck!






Please feel free to contact me via ig/comment on my blog if you need any further information. Please let me know ya!

Comments

  1. boleh ke pos barang ke kmm? untuk student kmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru perasan comment awak. boleh je pos barang ke KMM. Nanti warden blok akan uruskan.

      Delete
  2. assalam sis, boleh ke baewak smartphone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Masuk kelas pun boleh guna smartphones. No worries :D sorry for the late reply, baru perasan :')

      Delete
  3. Boleh bawak kereta sendiri ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Kenderaan semua dilarang. Nak outing normally guna bas matrik or grab tu je. :') balik rumah pula parents ambil/balik guna bas.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, pack sgt and susah nak catch up ke untuk pst siains ni? And dgr cerita air takde, tapi jarang utk perempuan la, tp kat blok lelaki, ye ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Masa memang pack but no worries awak boleh catch up punya. Bila dah study kat kelas, then refer balik after class sebb normally dalam class memang laju.

      2. Air memang selalu takda juga dik, kat blok perempuan pun sama tapi tak lama pun. 😉

      Delete
  5. elaun sume akan dapat atau yang layak sahaja?

    ReplyDelete
  6. Rindu Encik Mohsen ke? haha

    ReplyDelete
  7. Kalau weekend, x boleh keluar sendiri ke? Like kalau nak keluar pakai jeans ke apa mmg x boleh eh? Cthnya kawan dtg melawat nk bawak round melaka or smtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar ikut hari. KMM normally outing kena pakai baju kolej, no jeans. But nak pakai jeans kena keluar dari matrik baru boleh pakai jeans means tukar baju di mall or any tempat yg ada tandas hahah

      Delete
  8. nak tanya masa 1st week tu boleh tukar kursus ke? sbb saya akaun tapi dapat sains..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Apa apa kena berurusan dengan pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar). Seeloknya masa orientasi tu terus minta tukar sebelum mula kelas.

      Delete
  9. Nak Tanya kak, kipas sebenarnya boleh bawak tak? Bukan minifan. And printer jugak boleh bawak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua boleh bawak. Printer boleh bawa, kipas kaki pun boleh bawa. Nak bawak yang besar pun no prob

      Delete
  10. Module berapa? Ingat tak public static void main string ?

    ReplyDelete
  11. Ingat baju pizzahut tak? Ada pakai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju pizzahut tu mmg pakai pun di kmm. but baju kolej every year tukar so lain lain la. Every year tak tetap baju kolej, jenis baju akan tukar.

      Delete
  12. Kak nak Tanya. Saya ada baca blog lain jgk psl KMM. Diaorang kata laptop x de function dan biasanya nk tgk movie je. Betul ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For akak, akak rasa laptop function sangat sebab nak kena buat assignment kena guna laptop. But, if tak bawa pun tak apa sebab ada cyber cafe dia koperasi.

      Delete
  13. Plug elektrik ada tak kat bilik?

    ReplyDelete
  14. roommate semua melayu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je yang campur dengan Chinese and Indian. Don't worry best tau mixed sama sama.

      Delete
  15. Salam,saya nak tanya kalau dorm kan,nk bwk small carpet or tikar getah,size die agak2 berape ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la awk size dia sebab ruang untuk kita biasanya tak terlalu luas pun. Yang sedang sedang je. Biasanya nanti akan adjust time masuk bilik & potong mana mana tikar berlebihan untuk sesuaikan dengan keadaan bilik.

      Delete
  16. Salam kak,nk tau kalau dlm dorm katil kite boleh pilih sendiri atau dh ditetapkan,and kalau dapat katil yang ada tingkap,langsir kene bawak sendiri ke ada disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsir tak perlu bawa. kmm mmg ada langsir. katil boleh pilih time masuk bilik for the first time but siapa cepat dia dapat gicheww. Orang terawal masuk bilik tu and dapat kunci bolehlah pilih mana mana katil.

      Delete
  17. Salam sis nak tanya kalau koko memang semua wajib bersukan ke? Kalau macam ada masalah kesihatan macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koko di KMM ni bukannya focus sukan. Tapi focus pada senamrobik untuk competition antara kelas by kelas. And, kalau ada masalah kesihatan rasanya dibenarkan untuk terkecuali tapi nanti rujuk lecturer yang ajar awak koko tu okayy😘

      Delete
  18. Saya bakal ke kmm tahun nie acc jugak mcm sis 🥰

    ReplyDelete
  19. Salam kak, nak tanya ok tak kalau bawa extension wire?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. Boleh je guna. Nak bawak banyak pun bolehhhh.

      Delete
  20. Is it a must to wear hijab for the muslim girls?
    Weird question but help a clueless birdy out.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not A MUST. Depends pada individu dan tiada paksaan. Kalau tak pakai, mereka tak marah pun sebab ada aje kan ppl yang freehair. No worries.

      Delete
  21. Kak nak tanya tandas dlm bilik atau kat luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kat luar dan hujung aras. Tandas ada banyak. Don't worry, sempat mandi punya. Tapi akan berebut toilet jugak ahahah

      Delete
    2. Sorry. **KAT LUAR BILIK AND HUJUNG ARAS.

      BUKAN DALAM BILIK

      Delete
  22. akak boleh tak bagi sikit motivasi sebab saya pun bakal kmm tahun ni ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Tahniah tau sebab berjaya masuk ke KMM 💗 Awak boleh laluinya don't worry. Matrik tak susah selagi kita pay attention dalam kelas, study smart okey & don't be stress. Enjoy life di matrik. Banyak kenangan yang boleh dapat di matrik. Carilah kawan yang baik tau. InsyaAllah mudah dapat 3.5 above. Tak kisahlah straight A's or not, sesiapa pun boleh berjaya di matrik.

      Subjek di matrik tak banyak, tapi chapter yang perlu go through sangat banyak. Don't worry, awak just ingat... Remind diri selalu, if subject hardcore di sekolah awak boleh bawa dalam 7-10 subjek, takkanlah hanya 4-6 subject di matrik awak tak mampu right?

      You can do it. Trust yourselves. Wishing you only the best 💗

      Delete
  23. Salam kak, biasanya satu bilik berapa orang? Lagi satu, selalunya t-shirt berkolar pakai utk waktu bila? Sbb dlm senarai ada t-shirt berkolar.. warna bebas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu bilik 4 orang. And bilik besar. Tshirt tu tak perlu kolar pun takpa, nanti awak masuk kmm, ramai je pakai tshirt biasa. Tapi bawak ajelah 1/2/3 baju berkolar. Warna bebas je tapi biasanya hitam putih. But actually tak ada kegunaan pun. Hhahaha.

      Delete
  24. nak tanya kalau everytime nak balik ada ke kemudahan selain dari bas untuk balik ke kl? macam ets ke? Student selalu naik apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya mmg balik naik bas. Bas kmm sediakan. Beli tiket pun dalam kmm. Naik bas pun dari kmm. Ets tak ada rasanya.

      Delete
  25. nak tanya kalau everytime nak balik ada ke kemudahan selain dari bas untuk balik ke kl? macam ets ke? Student selalu naik apa

    ReplyDelete
  26. Salam, kalau nk keluar beli makanan atau beli barang after class bole ke?dan gate Kmm selalu tutup pukul berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh keluar langsung dari KMM kecuali hari outing seperti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Memang normally orang order delivery je. Dan dekat KMM pun dah banyak cafe untuk beli makanan..

      Delete
    2. Gate tutup malam tapi hari outing pelajar hanya dibenarkan outing dari pagi hingga 7 malam sahaja. Hari lain tak boleh keluar.

      Delete
  27. Salam kak, saya nk beli padlock untuk almari. Saya nk tanya berapa besar padlock yg sesuai utk kunci almari tu? Kalau saya beli padlock yg kecik okay ke?

    ReplyDelete
  28. Selama akak belajar kat situ, ada tak org pergi outing (waktu cuti) pakai baju biasa cam baju kurung /casual dari KMM tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outing hanya boleh pakai baju kurung dan baju tshirt kolej sahaja. Tak dibenarkan pakaian casual lain. No jeans. Kalau nak pakai baju selain 2 ni kena keluar dari matrik dan tukar pakaian di mana mana. But before balik, pakai baju asal semula.

      Pakaian casual tak dibenarkan outing.

      Delete
  29. Salam akak, kalau air takda selalunya akak pergi cari air kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better bawak air mineral bekas besar yang bulat besar tu. Kalau takda air kena merantau ke serata kolej and tengok blok mana yang ada air dan mandi di situ. Jauh atau dekat kena cari jugak.

      Delete
  30. Salam kak, is it necessary to bring baldi? sebab saya ada baca blog lain kata perlu bawa.

    Thank you for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bawa baldi. If tak bawak, bagaimana nak letak baju kotor dan basuh di bilik air (if tanak guna mesin basuh) 😅 Dan baldi juga penting untuk kegunaan takda air and nak tadah air.

      Delete
  31. Salam kak, selalunya nota² pakai buku tulis atau testpad? and kalau buku tulis, Matriks ada buku tulis sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Normally test pad/buku nota sendiri. Buat sebagai catatan. Matrik tiada buku tulis.

      Delete
  32. Kepada yang nak bertanya tentang matrikulasi, saya minta maaf kalau terlewat balas ye. Tapi insyaAllah saya akan balas cepat. Paling lambat mungkin 4 hari. So, if nak rujuk apa apa don't worry boleh datang semula ke blog ini untuk tengok balasan kepada persoalan awak semua daripada saya. ❤️❤️

    ReplyDelete
  33. Salam akak, detergent utk basuh baju ada jual ke kat Kmm?

    ReplyDelete
  34. Salam kak, top-up selalu beli kat mana? Ada ke 7 eleven yg terdekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topup selalunya beli dari member yang jual topup & tak pun suruh mak or sesiapa masukkan topup untuk diri gicheww. Rasanya tak ada tempat jual topup di kmm.

      Delete
  35. Kak selalunya hari pendaftaran ada apa² aktiviti ke? Sbb pendaftaran setiap blok hari lain²..so tak semua murid akan masuk lagi.. Jadi murid yg dah daftar and rumah dia dekat boleh balik ke waktu minggu pendaftaran tu? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada aktiviti pun sebenarnya. Tapi tak tahulah sekarang.. Yang ni akak tak sure sama ada boleh balik atau tak sebab kena rujuk pihak kolej/kmm.

      Delete
  36. Salam kak, bakul sampah ada ke dlm bilik atau bawak sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakul sampah bawa sendiri. Semua tak disediakan kecuali katil kosong, meja belajar, langsir dan almari.

      Delete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Hi nak tanya, awak pakai calculator apa masa kat matrik. mana better antara pakai calculator 570 dengan 570plus

    ReplyDelete
    Replies
    1. 570 plus better. sebab if guna calc yg biasa (warna hitam) yg time sekolah guna tu ada function dia yg tak ada dalam 570 plus.

      Delete
  39. salam kak..tudung bebas ke boleh pakai?

    ReplyDelete
  40. Dekat laman web matrik ada tulis tudung kolej. Memeang ada tudung kolej ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada. Tapi bukanlah hari hari pakai. Hari tertentu aje.

      Delete
  41. Yang baju kolej tu kena bayar berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Refer pihak kolej ye sebab saya dah habis kolej 😂

      Delete
  42. Nk tanya katil mmng sorang satu kan? Xdr katil dua tingkat kan kan kan 🥺🥺🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup satu je. Tak ada katil tingkat. Sorang satu.

      Delete
  43. Assalam kak, nk tnyk kalau barang keperluan perempuan tu ade jual tak dkt kmm?

    And kalau nk guna internet dkt bilik asrama kene guna mobile network sendiri kan? ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang keperluan perempuan ada dijual di koperasi. Don't worry.

      Yes mobile data sendiri. No WiFi.

      Delete
  44. Kak, macam mana nak tahu kita dapat modul apa. And bila diberitahu?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum kak, kat setiap bilik dah disediakan penyapu atau penyodok ke? Atau kene beli sendiri?

    ReplyDelete
  46. line kat situ apa yang okay eh kak? celcom okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIGI and UMOBILE okay. But DIGI paling okay. Celcom tak sure pulak. Sorry ye.

      Delete
    2. KMM line memang very slow.

      Delete
  47. kak, nak tanya kalau malam kan free, selalunya orang buat apa je? anddd cafe bukak sampai malam ke? Sorry banyak tanya huhu, btw thanks in advance :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe buka sampai malam around 11 or 10.30 malam. Don't worry. Malam biasanya stay bilik aje study/pergi lepak koperasi as depan koperasi ada tempat duduk duduk. Or study group. Atau dengar ceramah di surau pada hari tertentu.

      Delete
    2. Thank youuu for the reply❤

      Delete
    3. Thank youuu for the reply❤

      Delete
  48. kak ada ke yang akaun dua tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada.. Hanya sains ada 2 tahun. Acc hanya setahun.

      Delete
  49. Salam kak, tandas dia pakai shower ke kena ciduk pakai gayung? Jadi gayung perlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tandas shower. Gayung just berfungsi bila takda air and nak ambil air.

      Delete
  50. Kak nk tanya notes math gan account dlm english or bm?

    ReplyDelete
  51. nk tanya dekat kuliah subjek apa yg diajar..muet ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua akan ada kuliah kecuali agama Islam/Moral/English. Kuliah ni macam kelas ramai-ramai and SATU HALA.

      Perbezaan KULIAH dan TUTORIAL

      Kuliah
      - Bercampur dengan banyak kelas abt 100++ students
      - Lecturer akan mengajar di depan guna slide
      - Pantas dan catch up cepat

      TUTORIAL
      - Tak bercampur dgn kelas lain, only kelas kita je
      - Waktu tutorial adalah waktu kita berinteraksi dengan lecturer secara dekat
      - Seperti kelas kelas di sekolah tau tutorial ni

      Delete
    2. Semua subject wajib sains dan subject wajib account perlu belajar di kuliah.

      Delete
  52. testpqd ade dijual di koperasi?

    ReplyDelete
  53. kak patut ke tak eh bawak kipas?? panas sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tu depends. Kalau rasa nak bawa bawa. Tanak bawa pun tak apa.

      Delete
    2. yes awak. But better awak masuk bilik awak dulu and then baru decide nak beli kipas or tak. Nanti if panas, awak boleh keluar after masuk bilik untuk pergi kedai beli kipas dengan parents.

      Delete
    3. for me bilik panas. majoriti akan guna kipas. Based pada pengalaman.

      Delete
  54. Roommate boleh pilih sendiri ke tidak? Bercampur dengan kaum lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh pilih. Campur dengan kaum lain. Best tau mixed. No worries. ❤️

      Delete
  55. Saya dengar kimia sem 2 sangat susah, ini benar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhh susah la gak.. Sem 1 mmng lagi senang berbanding sem 2.. So kene selalu buat latihan and rajin tnya lecturer klau x faham

      Delete
    2. hi awak, sorry late ya. How's your studies?? Kimia susah for sure but pasti awak dapat carry if awak focus dalam kelas no worries 😘

      Delete
  56. Tq for the nice story of KMM. It reminds me of the good old times. How time flies. Me batch 2006/2007. Semoga KMM terus dirahmati dan melahirkan ramai cendekiawan yang bermanfaat untuk ummat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading my blog. InsyaAllah amin KMM terus maju! 😘💜

      Delete
  57. Boleh saya tahu, location untuk drop shipping kt kmm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parcel sampai selalunya kena send ke kolej

      Delete
  58. Akak, nak Tanya boleh? Tudung mmg wjib je utk pelajar perempuan? Lagi satu, WiFi Ada ke utk setiap Blok??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran pulak berapa eh??

      Delete
    2. Hi awak, sorry lambat balas 😭😭😭 Tudung tak wajib pun pakai kat matric.

      Delete
  59. Salam kak nk tanya kalau Koko ada apa eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu kalau lect okay tak

      Delete
    2. Locker die kayu eh

      Delete
    3. Koko selalunya ade bnyk je mcm badminton, senamrobik n bnyk lagi la koko jgn risau semua best best..lect semua okay semua sporting InsyaAllah...locker depends sbb ade yg kayu dan ade juga yg jenis besi nyee

      Delete
  60. printer pon x leh bwk ke kak

    ReplyDelete
  61. Thanks and that i have a keen offer: How Long Do House Renovations Take whole home remodel cost

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PSPM I & II 2018/2019 BUSINESS QUESTIONS FOR MATRICULATION ACCOUNT STUDENTS