LIFE OF MATRICULATION: THE BOLD AND THE YOUNG
HELLO EVERYONE
Before ini ada orang request pada saya untuk share tentang kehidupan di matrikulasi. For those yang masih bersekolah dan masih tak tahu apa itu matrikulasi/ siapa sahaja yang bakal memasuki matrikulasi pada masa akan datang, saya akan explain serba sedikit berkaitan matrikulasi. Untuk pengetahuan korang, matrikulasi khas untuk pelajar aliran perakaunan dan juga aliran sains. Pelajar perlu mempunyai subjek math tambahan/addmath untuk melayakkan diri bagi mengikuti program matrikulasi ini.
**If berangan nak masuk matrik but tiada mata pelajaran addmath, maka saya selaku senior nasihatkan adik-adik supaya berhenti berangan. Tak boleh masuk okeh. InsyaAllah, rezeki Tuhan terbuka luas untuk semua. Jangan risau, peluang itu tidak terbatas.**
Since ramai sgt yang tanya tentang hal ini. Oke, jangan sedih dulu!
First, kehidupan matrik tak sesukar yang disangka. If awak dapat keputusan SPM 5A sekalipun sudah mampu melayakkan awak ke matrikulasi. My roommate ada seorang tu SPM 3A. See? Tak ada apa yang mustahil. For those yang SPM 11A/10A/9A/8A/7A sudah tentu peluang untuk memasuki matrikulasi ini amatlah terbuka luas. Dengan syarat, waktu sekolah dulu awak mengambil subjek addmath.
Smile!
MACAM MANA NAK SURVIVE?
Ramai student matrikulasi yang result average sahaja (SPM 5A) & berjaya survive. Hampir 90% daripada mereka memperoleh CGPA 3.0 ke atas (even pada awalnya result biasa-biasa sahaja). Biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa andai kita berusaha. If betul-betul tak mampu, cuba dapatkan pointer atas 2.0. Selagi tak cuba, please jangan set perkara negatif. Ada aja pelajar SPM 5A memperoleh CGPA 3.59 manakala SPM 7A memperoleh CGPA 4.00. Nampak? Miracles happen everyday, change your perception.
*CGPA 4.00 adalah 4FLAT (untuk yang confuse apa beza dua benda alah ni)
*CGPA 4.00 adalah 4FLAT (untuk yang confuse apa beza dua benda alah ni)
TIPS BAGAIMANA NAK DAPAT CGPA 3.0 KE ATAS (USAHA+TAWAKKAL)
- Jaga ibadah (for muslim & non-muslim, rasanya benda ni tak perlu explain sebab hal ni menjadi keutamaan)
- Short notes (WAJIB buat setiap chapter & subjek so that senang nak revise bila-bila, study smart ok)
- Kerap buat latihan tutorial (Latihan Tutorial actually macam homework sekolah. Basically, tutorial ini sama sahaja macam awak belajar dalam kelas waktu sekolah dulu. Time inilah if ada chapter yang tak sempat catch up, boleh tanya lecturer terus. No worries. Lecturer baik-baik belaka)
- Tidur cukup (Di matrik akan ada sesi KULIAH di mana bilangan pelajar berkali ganda lebih ramai berbanding sesi tutorial. Waktu ni majoriti pelajar mengantuk ya ampun. Kalau awak rasa awak sorang yg mengantuk, trust me,you're not alone.)
- Bijak mengurus masa
- Berdikari (Jangan terlalu bergantung pada orang lain)
- Yang lain-lain sila tambah sendiri :)
Suasana di dalam dewan kuliah
SUBJEK TERLIBAT
ALIRAN PERAKAUNAN
Ø ACCOUNT
Ø BUSINESS
Ø ECONOMY
Ø MATHEMATICS
Ø ENGLISH (1st SEM ONLY)
|
ALIRAN SAINS
Ø PHYSIC
Ø CHEMISTRY
Ø BIOLOGY
Ø MATHEMATICS
Ø ENGLISH (2nd SEM ONLY)
|
- Ada pendidikan agama islam/moral, pengajian am, & koko but tak masuk dalam pointer
- English ada assignment. Tajuk assignment depends on lecturer/Unit English di matrik sendiri yang akan tentukan tajuk untuk student. Assignment ini dibuat by group. Contoh assignment saya dulu adalah berkenaan VOLUNTEERING PROJECT.
- Subjek nampak sedikit but jangan over dulu ye. Chapter yang akan awak belajar nanti banyak. Lecturer pula mengajar sangat pantas, kadang tidak terkejar dan tak sempat catch up.
Ala, biasalah budak baru habis SPM la katakan. Sometimes baru terkedek-kedek nak catch up Chapter 1, lecturer dah terbang sampai Chapter 4. So, dalam masa 10 bulan menjadi pelajar matrik, manfaatkan masa awak semua okey. InsyaAllah dipermudahkan. - Di matrik akan ada Pelajar Satu Tahun (PST) di mana tempoh masa belajar di matrik selama 1 tahun dan Pelajar Dua Tahun (PDT) pula belajar lebih kurang 2 tahun. (Lebih kurang je, if nak tahu lebih detail boleh search google)
First bila masuk matrik nanti akan diberi jadual kelas & ada shortform subject masing masing. So refer sini okey:
Subject
SM - Math (Sc)
SB - Biology
SK - Chemistry
SF - Physics
AM - Math (Acc)
AA - Accounting
AE - Economy
AP - Business
WE - English
WM - Moral
WI - Pendidikan Islam (KIV)
WP - Pengajian Am
WK - Koku
Place in KMM
DK -Dewan Kuliah
BT - Bilik Turorial
BS - Bilik Serbaguna
BKS - Bilik Kuliah Serbaguna
MB - Makmal Biology (Aras 3)
MK - Makmal Kimia (Aras 1 dan 2)
MF - Makmal Fizik (Aras 4)
MC - Makmal Komputer (Aras 3 in library)
TS - Tutoran Sains (Aras 1 near to coop)
LR - Language Room (in library. LR 1&2 at Aras 3, LR 3&4 at Aras 1, beside the boys' pigeon hole)
MV - Language Lab (Aras 3 in library)
SR - Seminar Room (in library, under the stairs in Aras 1)
BAGAIMANA CARA BELAJAR DI MATRIK?
Depends on you actually. Ada orang jenis terperap dalam bilik 24 jam. Ada yang petang beriadah, malam baru start belajar. Ada yang habis je kelas terus belajar sampai tengah malam. Ikut kesesuaian. Tapi, if adik-adik macam agak lambat belajar maka adik-adik perlu ubah cara pembelajaran. Sebabnya, study kena pantas. Tak apalah if lambat kadang-kadang but still kena usaha untuk pantas. Sebab belajar tak lama, so kena laju. Biasakan diri. InsyaAllah. Orang lain boleh, mustahillah adik-adik tak boleh, kan? Dan di matrik banyak sangat program/aktiviti. Libatkan diri ye. Tapi, tak perlu try hard sangat untuk dapat markah koko kerana matrikulasi mementingkan akademik. Cuma, still perlukan koko at least joinla mana yang berkemampuan.
Markah koko penting untuk kemasukan ke universiti.
Markah koko penting untuk kemasukan ke universiti.
MATRIK ADA ELAUN
Ya. Student matrik akan diberi elaun sebanyak RM250.
Setiap bulan akan dapat RM250. Elaun ini tak perlu bayar balik kerana memang kerajaan berikan kepada students (kot-kotla ada yang confuse kena bayar semula or tak). By the way, ini bukan pinjaman. Bergumbiraa laa awak semuaa. But still, gunakanlah sebaiknya. :))
MUET DILAKUKAN DI MATRIK
MUET (Malaysian University English Test) akan dilakukan di matrik tempat adik-adik belajar. Nanti pihak kolej akan sediakan awal-awal siapa candidate yang akan satu kumpulan dengan awak semua untuk test MUET tu. MUET juga akan dilakukan di dalam kolej ya. Jangan memandai nak buat dekat luar pula. MUET ini juga penting untuk kemasukan ke universiti bagi Ijazah Pertama Sepenuh Masa (Degree). Better follow ye apa yang pihak matrik buat sebab ianya akan memudahkan urusan adik-adik juga. Jangan takut if grammar berterabur, cakap je. Teruskan maintain speaking. Diorang sebenarnya nak tengok kita bercakap aje.
BOLEH OUTING KE DI MATRIK?
Boleh sangat nak outing. Nak keluar dengan parents pun boleh. My matric dulu, pelajar dibenarkan outing pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tetapi outing ini depends pada pengasingan jantina. Contoh, if lelaki hari Sabtu, perempuan hari Ahad la and both jantina boleh outing hari Jumaat after habis kelas. Rasanya semua matrik sama ja. Mungkin yang membezakannya adalah hari dan juga pengasingan jantina ketika outing. Pastikan jangan lalai sampai balik lewat. Normally after pukul 7PM awak balik ke matrik, confirm kad matrik kena block. Nak unblock semula kad matrik tu bukan senang. Banyak keburukan if kad awak kena block, sometimes boleh jadi awak tak boleh outing sampai berbulan-bulan.
TRANSPORT CUTI
Matrik sediakan bas matrik/bas dari luar. Just beli tiket and boleh dah balik. Tiket rasanya memang dijual di dalam matrik. Better beli awal sebab takut tiket habis ya. Pastikan alert bila tiket dijual okey sebab nanti dia akan beritahu. Jangan risau, tiket ke seluruh semenanjung pasti dijual. If tiket takda, kena beli tiket sendirilaaa. Tanya sesiapa yang pakar. Jangan risau, bila dah masuk matrik nanti confirm adik-adik tahu.
Suasana menunggu bas dan mencari bas di matrikulasi
Last, okey, goodluck untuk adik-adik semua yang bakal meneruskan pembelajaran di matrik atau yang sedang bertungkus-lumus di matrik. Ingat, niat utama kita ke matrik adalah untuk belajar. Jangan lalai sehingga GAGAL. Usaha selagi mampu. Pinta pada Tuhan supaya tetapkan hati.
akak, kat matrik kena pakai kasut formal kan.. kalau pakai kasut sukan full hitam boleh ke?
ReplyDeleteWajib ada 1 kasut PVC/berkulit yang licin berkilat tu. But after tu awak nak guna kasut sukan hitam pun tak apa. Just, awal awal je biasanya orang guna kasut PVC sbb yela baru masuk. Lama lama ada ramai yg bebas guna kasut selain PVC
Deletesubjek akaun eco bisnes dalam bm atau bi eeh?
ReplyDeleteHanya eco dan business bm.
DeleteThank you akak !!
ReplyDeletehmm susahke sains hayat untuk dua tahun
ReplyDelete