MEDSI TEST UTHM JOHOR 2019/2020


Start where you are.
Use what you have. 
Do what you can.




Surat ujian MEdSI




Pertama-tamanya tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dalam ujian MedSi yang lalu dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diinginkan dalam dunia pendidikan. Kepada sesiapa yang tidak berjaya, jangan terkilan ya. Moga rezeki yang mendatang lebih baik daripada yang dihajatkan. Those yang dapat ujian MEdSI ni mesti korang nak jadi cikgu kan? Or dipaksa oleh mak ayah? As for me, I always wanted to be a teacher. Passion. Impian. Yes. 


APA ITU MEDSI? 
MEdSI adalah Ujian Inventori Pemilihan Pendidik (Malaysia Educators Selection Inventory). Dan before kita hadir ke temuduga pendidikan, kita perlu lulus ujian MEdSI dahulu. (If dalam pemilihan UPU awak isi course pendidikan di antara pilihan pertama dan pilihan kedua insyaAllah awak akan terpilih untuk menjalani MEdSI test).


SENANG/SUSAH UJIAN INI?
Tersangatlah senang dan tak perlu pening kepala. Basically, MEdSI test ini lebih kurang macam ujian psikometrik/inventori yang selalu awak semua buat semasa berada di sekolah dahulu. Cuma perlu jawab:

  • 'YA/TIDAK' atau
  •   'SETUJU/TIDAK SETUJU' atau
  •   'SETUJU/TIDAK SETUJU/SANGAT SETUJU/KURANG SETUJU/SANGAT TIDAK SETUJU'
 Lebih kurang sahaja sebenarnya. Ujian MEdSI ini juga mempunyai bahagian-bahagian tertentu. Tak silap ada dalam 90 soalan. If yg lama punya lagi banyak soalan dia. 
#Ujian ini dilakukan dengan menggunakan komputer


PERLU STUDY KE? 
Tak perlu study. For those yang begitu takut, jangan terlalu nervous. Tak perlu buat rujukan yang terlalu banyak pun tak apa kerana soalan yang akan ditanya nanti kebiasaannya mengenai perkara yang berlaku di sekeliling awak dan perkara yang melibatkan personaliti awak.


CONTOH SOALAN MEDSI:
  • ''Adakah awak menyukai kanak-kanak?'' (YA/TIDAK)
  • ''Adakah awak suka berada di tempat yang bising?'' (YA/TIDAK) 
  • ''ADAKAH WAJAR SEORANG GURU MEROTAN PELAJARNYA KETIKA TIDAK MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN?'' (SETUJU/TIDAK SETUJU/KURANG SETUJU/SANGAT SETUJU) 
*SOALAN YANG DIBERIKAN AMAT MUDAH, MAKA JANGAN CARELESS. BACA SOALAN BETUL-BETUL DAN JAWAB DENGAN YAKIN


TIPS LULUS UJIAN MEDSI
🌸 JUJUR (Jangan menipu tapi if nak tipu sunat okay jerr, jujur dengan diri sendiri dan ikut pada logik masing-masing bertepatan dengan course yg awak minta) 
🌸 PASTIKAN JAWAB SOALAN DENGAN MEMILIH JAWAPAN YANG POSITIF (if soalan tanya 'Adakah awak suka kanak-kanak?' then awak jawab 'TIDAK', better jangan buat macam tu kerana selaku pendidik sudah tentu kita perlu menyukai kanak-kanak/students kita kan? Nak jujur pun perlu bertempat juga ya kerana penilai akan menilai personaliti awak berdasarkan jawapan awak nanti)  


PENGALAMAN MEdSI TEST 




Bangunan FPTV UTHM *gambar google


Ok let's proceed with pengalaman MEdSI test saya di UTHM, Johor. Ceh, dah bebel panjang kat atas baru nak share pengalaman gomennasai! 

Sebagaimana yang tertera pada surat temuduga MEdSI yang saya telah lampirkan di atas, pada 15 May 2019 saya telah menduduki MEdSI test dengan jayanya. Normally MEdSI di Johor memang dilakukan di UTHM. Pada hari tersebut, pastikan datang awal kerana pelajar yang hadir memang beribu-ribu. If tempat ujian dekat dengan rumah (maybe about 1-2 hr perjalanan) bolehlah lepas subuh tu terus gerak. Kalau dah masuk pukul 9 pagi dan ke atas memang confirm keadaan sesak time tu. Lecturer di university memang baik hati. Kadang, if sesi awak pukul 9AM sekalipun, if awak datang awal biasanya mereka akan beri awak peluang untuk jawab ujian lebih awal berbanding orang lain. Mungkin kerana adanya kekosongan kerusi dan komputer di dalam bilik ujian. 

MEdSI test ini menggunakan komputer dan internet. Jadi, memang tak akan ada ujian bertulis langsung but better bawa saja pencil case manalah tahu in case ada perubahan. Normally dekat surat ujian tu dia akan lampirkan sekali perkara yang perlu dibawa nanti. So, no worries. Tetapi, penggunaan komputer lazimnya bermasalah disebabkan LINE universiti tersebut. Maksud saya, line website kelolaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mungkin akan menghadapi masalah teknikal sebab terlalu ramai pelajar guna dalam satu masa. Of course la, sebab satu Malaysia sedang gunakan website yang sama. Kadang-kadang time nak jawab ujian tu, memang perlukan banyak kesabaran. Jadi, bertabahlah ya. 

Pengalaman saya pula, sistem laman web UPSI memang bermasalah (server down/server issue) sebab terlalu ramai orang pakai. But, jangan risau. Memang pada awalnya agak susah sebab bila dah isi then tiba-tiba data yang kita isi tu semua hilang. Time inilah kena bertenang dan bawa mengucap banyak-banyak. Lecturer yang pantau nanti pun akan bantu. Percayalah, mereka sangat friendly. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya. Jangan risau if masa tak cukup kerana masalah server , nanti masa kamu akan dipanjangkan sedikit. Sebab, iyalah kita tak minta pun perkara sebegitu terjadi kan. So, bukan salah kita and don't worry. Everything will be fine :-) 

Then after jawab semua soalan dalam komputer, terus proceed dan kemudian dah boleh balik. Mudah saja. Soalan yang diberikan pun tak adalah banyak sangat. Saya pernah terbaca dalam satu entry, katanya soalan MEdSI about 300 questions but maybe entry tersebut adalah entry yang lama. Mungkin sekarang sedikit perubahan telah berlaku di mana soalan yang diberikan tidaklah terlampau banyak dan kurang berbanding 300 soalan. 

For adik-adik yang akan baca entry ini suatu hari nanti, jika dapat ujian MEdSI, saya amat galakkan adik-adik pergi. Who knows adik-adik akan LULUS? Dan, sekiranya LULUS, awak semua dapat menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan. Confirm-confirm la yang mohon pendidikan semasa pengisian UPU benar-benar berminat untuk menjadi seorang guru/pendidik kan? 

Grab the opportunity, not everyone is lucky enough to get this MEdSI test.  

Memang bidang pendidikan pun tidak menjamin awak akan keluar sebagai seorang guru dan terus bekerja, tetapi as long awak berada dalam bidang PENDIDIKAN, lambat laun pasti akan diserap dalam dunia pendidikan okey. 

Chill!💓








Comments

  1. Ujian kecergasan mcm nk msuk IPG tu tak dilakukan ke utk msuk FPTV ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Tu IPG je. Uni takdak sume tu

      Delete
  2. kalau lepas ujian medsi terus masuk u course pendidikan ke? ke kena ada interview lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas medsi kena tunggu sama ada awak lulus medsi or tak untuk proceed dengan interview face to face. Yes kena interview lagi.

      Delete
  3. kalau lepas ujian medsi terus masuk u course pendidikan ke? ke kena ada interview lagi?

    ReplyDelete
  4. Hi those yang ada pertanyaan boleh contact saya di ig @ath.ros feel free to ask anything!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KMM: KOLEJ MATRIKULASI MELAKA MASJID TANAH 2018/2019, THE LIFE AS COLLEGE STUDENT

PSPM I & II 2018/2019 BUSINESS QUESTIONS FOR MATRICULATION ACCOUNT STUDENTS